UNTUK mencapai kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah.
Ini kerana tanpa usaha yang gigih, ia tidak mungkin dapat dicapai.
Di sebalik kejayaan yang diperolehi, tanpa kita sedari tersembunyi rahsia kecemerlangan dalam Islam yang dapat kita aplikasikan.
Di dalam Al-Quran, contohnya, terdapat banyak petunjuk yang seharusnya menjadi pedoman untuk kita semua.
Adab merupakan di antara kunci utama kejayaan.
Adab merangkumi sikap saling menghormati, bekerjasama dan beradab sopan sesama manusia.
Kita juga ditegah daripada berperasaan hasad dengki, zalim dan mementingkan diri sendiri.
Memperbanyak amal ibadat juga dapat menguatkan rohani.
Kekuatan rohani adalah wahana yang besar untuk meningkatkan kekuatan jasmani.
Jika rohani lemah, umat menjadi malas dan mudah dihinggapi penyakit rohani dan jasmani.
Selain itu, sikap rajin bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal juga dapat meningkatkan lagi kecemerlangan yang kita idamkan selama ini.
Seseorang yang malas dan tidak berusaha pasti akan menerima kegagalan di dalam hidupnya.
Nabi Muhamad s.a.w. pernah bersabda, ``Bekerjalah kamu untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.''
Di samping itu itu juga, untuk mencapai kecemerlangan, kita digalakkan ikhlas berjuang dalam mencari keredhaan Allah.
Seterusnya, ialah keceriaan yang merupakan ramuan untuk mencapai sifat-sifat di atas.
Sumber keceriaan adalah sujud kepada Allah, iaitu melalui amalan solat.
Jika kita semua mengamalkan semua petua yang disebutkan di atas, InsyaAllah kejayaan pasti mengiringi perjalanan hidup kita.
Yang utama ialah hidup dan mati kita adalah kerana Allah.
Monday, October 20, 2008
Rahsia kecemerlangan di dalam Islam
Posted by Fieydah at 7:39 PM 1 comments
WASIAT LUQMAN
“ Dan (ingatlah) Luqman berkata kepada anaknya sedang ia menasihati : dia, “ Hai anakku jangan engkau sekutukan (sesuatu) dengan Allah, kerana sesungguhnya syirik itu satu penganiayaan (diri) yang besar . Dan Kami wajibkan manusia (taat) kepada ibu bapanya ; ibunya telah mengandung dia dalam keadaan lemah bertambah lemah, sedang putus susunya adalah dua tahun ; (Kami perintah); “ Hendak engkau syukur kepada-Ku dan bapamu ;kepada-Ku lah tempat kembali. Dan jika mereka berdua mengajakmu sungguh-sungguh supaya engkau sekutukan-Ku , sesuatu yang engkau tidak mempunyai pegertian padanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka, tetapi bergaullah dengan mereka di (urusan) dunia dengan cara yang sopan ; dan turutlah jalan kembali kamu, maka Aku akan khabarkan kepada kamu (balasan) bagi apa yang telah kamu kerjakan. “ Hai anakku! Sesungguhnya jika adalah (amal-amal) yang seberat biji sawi. Biar ia di dalam batu gunung yang besar atau di langit atau di bumi, nescaya Allah akan tunjukkan dia ,kerana Allah itu Halus, Amat Mengetahui. “ Hai anakku ! Dirikanlah sembahyang dan suruhlah (manusia) berbuat kebajikan, dan laranglah (mereka) dari kemungkaran , dan sabarlah atas sesuatu (kesusahan) yang mengenaimu , (kerana) sesungguhnya yang demikian itu (adalah) dari perkara-perkara yang diberatkan (oleh) Allah.” Dan janganlah engkau palingkan pipimu bagi manusia dan dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan sombong. (kerana) sesungguhnya Allah tidak cintai kepada tiap-tiap penyombong, bongkak. Dan berlaku sederhana di dalam perjalananmu, dan rendahkanlah suaramu, (kerana) sejelek-jelek suara ialah suara keldai.”
(Surah Loqman ayat : 13-19)
Posted by Fieydah at 7:12 PM 0 comments
Wednesday, October 8, 2008
Tanda Cinta.
Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia beriman kepada allah, bertaqwa, berkorban untukNya dengan melakukan kebajikan, sabar, bertaubat, membantu kerja-kerja menegakkan agama melakukan ibadah yang fardhu dan rajin mengerjakan ibadah-ibadah sunat. Dia berkasih sayang dengan sesama manusia dan saling bersilaturrahim kerana Allah, dengan menjaga batas-batasnya, saling beri-memberi kerana Allah demi keredhaanNya. Tidak kerana yang lain. Allah melimpahkan kecintaanNya dan menempatkan orang-orang yang dicintaiNya itu pada kedudukan yang tinggi dan mulia di Akhirat. Allah isyatiharkan cintaNya di dalam Al-Quran kepada orang yang sungguh-sungguh beribadah, berbuat kebaikan dan berakhlak mulia.Diantaranya Allah berfirman: “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar.” Surah: Ali Imran. Ayat:146. “Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan.” Surah Ali-Imran. Ayat: 134 “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri.” Surah: Al-Baqarah. Ayat: 222
Posted by Fieydah at 6:41 AM 0 comments
Wahai sahabatku.... :)
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
Posted by Fieydah at 6:33 AM 0 comments
Tuesday, October 7, 2008
Hari raya aku sambut tahun ini, tidak semeriah raya masa aku kecik2, dulu bila raya je, mesti dapat duit raya banyak sangat. Em,sekarang dah besar panjang tiada siapa pun nak bagi dah....
Yang paling tidak bestnya raya tahun ni, cuti singkat sangat..seminggu je..raya keempat dah kena balik UDM...minggu ni,test dah la banyak sangat..demam raya pun tidak habis lagi ni...tiba2 nak demam exam pula....Walauapepun, aku akan terus berusaha dalam mencapai cita-cita aku ini...
Posted by Fieydah at 12:21 AM 0 comments
Monday, September 22, 2008
Posted by Fieydah at 11:26 PM 0 comments
PERSAHABATAN YANG BAIK
Sesungguhnya ikatan akidah itu adalah sekuat-kuat ikatan. Se-sungguhnya orang-orang yang hidup di bawah naungan cinta dan persaudaraan Islam, persaudaraan kepada Allah dan lillahi taala akan mendapat merasai dan menikmati satu kebahagiaan yang hakiki, kepuasan jiwa yang tidak terperi di mana ia tidak dapat dikecapi orang-orang yang menilai hidup dengan nilai-nilai keduniaan yang fana ini. Sesungguhnya suasana ukhu- wah atau semangat persaudaraan Ikhwanul Muslimin yang telah dinikmati oleh anggotanya adalah seumpama air dengan ikan. Sekira-nya ada di kalangan mereka yang menghadapi kesulitan, kelekaan, kelesuan, kealpaan atau mengikut pujukan syaitan tidak akan dibiarkan begitu sahaja supaya tidak hanyut dalam suasana sede-mikian yang terdedah kepada kehancuran dan kebinasaan. Muslim yang mempunyai sahabat yang baik tidak akan mengajak atau membiarkan mereka melakukan kehancuran tetapi akan memberi peringatan, menolongnya melawan godaan syaitan dan nafsu. Ini merupakan suatu bekalan yang besar sepanjang jalinan persahabatan. Sesungguhnya sahabat yang baik adalah orang yang sentiasa mengingatkan kita kepada keba-ikan. Salah seorang Assalafuddin pernah berkata: “Laksanakanlah nasihat itu dengan cara apa pun iaitu dengan cara yang paling baik dan dan terimalah dengan apa cara yang baik. Sekiranya sahabat itu menegur kamu secara rahsia maka dia telah membaiki dan menghiasinya tetapi sekiranya dia menegur secara terang-terangan di hadapan khalayak ramai maka dia telah memalukan dan mengkhianati sahabatnya. Persahabatan yang baik menambahkan lagi kebahagiaan yang dikecapinya kerana penglibatan saudara-saudaranya bersama-sama di dalam kegembiraan itu akan dapat meringankan kepenatan dan kesesuaian semasa ia ditimpa bahaya dan bencana. Ini merupa-kan pembantu dan bekalan sepanjang jalan. Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud : “Tolong-menolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa dan ja-nganlah kamu bertolong-tolongan dalam dosa dan permusuhan”.” Jelaslah, arahan ini bukan-lah ditujukan kepada individu se-mata-mata tetapi ditujukan khasnya kepada umum. Namun persahabatan yang baik dan kukuh adalah wajib dan lazim untuk orang-orang yang berjalan di atas jalan Allah SWT. Alangkah besarnya bekalan yang akan didapati oleh seseorang dalam persahabatan yang baik dan harmonis, berkasih-kasihan di jalan Allah untuk mendapat keredhaan dan kesempurnaan-Nya serta ganjaran baik dari-Nya lantaran perasaan cinta kepada Allah SWT, pandang-meman-dang sesama mereka penuh erti cinta yang ikhlas kerana Allah SWT, berjabat tangan kerana Allah dengan disulami senyum simpul terhias di wajah, saling ziarah-menziarahi, wasiat-mewa-siati serta ingat-mengingati ke arah kebaikan. Rasulullah SAW pernah bersabda, mafhumnya : “Tujuh golongan yang akan di-naungi Allah di hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan Allah yang satu. Salah satu dari-padanya ialah dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, kedua-duanya bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.” Allah SWT amat mencintai orang yang mencintai sahabatnya. Oleh kerana pentingnya persahaba-tan yang itu dengan segala kebai-kan dan faedah yang lahir daripada nya terhadap Islam dan umatnya maka kita dapati Islam serta syari-atnya memelihara nilai-nilai persa-habatan, mengawal dari dari segala perkara yang merosakkan perpadu-an serta mengharamkan daripada perkara-perkara yang membawa kepada sifat dengki, benci, menipu, berlaku curang, khianat, mengejek, bersangka buruk mencari kesalahan orang lain, memutuskan hubungan, hipokrit dan saling berpaling tadah (tidak setia). Ingatlah pesan Rasu-lullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud : “Janganlah kamu sa-ling putus-memutus hubungan, sa-ling berpaling tadah, saling benci-membenci dan saling berhasad deng-ki. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak halal bagi seseorang muslim yang ber paling dari saudaranya melebihi dari tiga hari”. Alangkah bahagianya kita dengan nikmat persaudaraan kerana Allah dan perlu kita memelihara nya dengan segala kemampuan dan cara yang ada. Oleh itu wahai saudaraku ! Carilah sahabat yang soleh, bersa-habatlah dengan persahabatan yang baik kerana ia merupakan penolong dan bekalan sepanjang jalan. “Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata. Oleh itu apabila kamu berdo’a janganlah kamu minta segunung emas permata tetapi mintalah dari tuhanmu sahabat yang soleh”.
Posted by Fieydah at 11:13 PM 0 comments