Wednesday, August 27, 2008

Puisi untuk Sahabatku..... :)

[ Dalam kenangan ...Diploma Pengajian Islam dengan Teknologi Maklumat sem 6 (2007) Universiti Darul Iman ]
Aku menahan sebak & pilu ... yang berbungkus menjadi satu pelukan kejapmu... pun aku masih terpegang pada kalimah ini "sabarlah aku, sabarlahmu, sabarlah kita kerana kuasa Allah mengatasi segalanya.." barangkali inilah jalanya untuk menguji kedewasaan diri bohong kalau aku tidak menangis.. kerana kala sendirian mengingatkan aku setiap inci warna kenangan kita... berkongsi cerita ria, berkongsi cerita luka... sedangkan kau kini tiada disisi.. Maha Agung menemukan kita... tapi tidak sesekali mematikan ikatan persaudaraan ini.. tiada siapa yang tahu ikatan ini payah dirungkai setelah terpatri sekian lama... setelah mendepani ujian bersama.. saling mengerti... saling memahami.. Ah!!!!... ... payahnya membunuh memori... . kau memang sahabat.. saudara dunia akhirat... aku sekeluarga sentiasa mendoakan kebahagiaanmu setiap saat.. dan setiap langkahmu.. kami iringi dengan restu yang berpanjangan sampai akhir hayat...

Masjid Nabawi



Rasulullah s.a.w membangunkan masjidnya atas asas taqwa. Masjid ini terletak kira-kira 597m dari aras laut. Kedudukannya di tengah-tengah bandar Madinah menjadikannya seperti bulan purnama dan permata yang bersinar, sesuai dengan peranannya sebagai sumber cahaya dan keindahan Islam. Tanah tapak masjid ini berasal daripada tempat mengering tamar kepunyaan dua orang anak yatim (Suhail dan Sahl). Rasulullah s.a.w kemudiannya membeli tanah tersebut. Kawasan ini dipenuhi dengan pokok-pokok tamar dan juga runtuhan-runtuhan lama yang kemudiannya dibersihkan dan diratakan untuk didirikan masjid. Kisah tanah ini terpilih untuk dijadikan tapak masjid sungguh unik sekali. Setelah Rasulullah saw keluar dari Quba' menuju ke kota Madinah, orang ramai berebut-rebut mengheret tali unta Rasulullah s.a.w untuk membawa baginda sebagai tetamu ke rumah masing-masing. Namun demikian Rasulullah s.a.w menyerahkan kepada unta baginda untuk membuat pilihan. Unta itu terus berjalan sambil berpaling ke kanan dan ke kiri seolah-olah mencari sesuatu, sehinggalah ia berhenti di tempat mimbar yang ada pada hari ini. Selepas ia berhenti, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud " Insyaallah, di sinilah tempatnya". Masjid Nabawi dibina buat pertama kalinya pada tahun pertama hijrah (622M) iaitu pada hari kedua setibanya Rasulullah s.a.w di kota Madinah. Keluasan asalnya kira-kira 850.5m persegi dan 2.9m tinggi. Atapnya diperbuat daripada pelepah-pelepah pokok tamar, disimen dengan tanah liat. Rasulullah s.a.w sendiri turut sama dalam pembinaan ini dengan memikul dan membawa batu-batu. Pada ketika zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafa' Rasyidin, Masjid Nabawi tidak memiliki menara. Orang yang pertama sekali membangunkan menara Masjid Nabawi ialah Umar ibn Abdul Aziz pada tahun 93 H, iaitu dikeempat sudut Masjid. Ukuran keluasan Masjid Nabawi selepas pembesaran terakhir ialah ; tingkat bawah seluas 98,500 m persegi, boleh menampung seramai 167,000 m persegi dan tingkat atas seluas 67,000m persegi, boleh menampung seramai 90,000 jemaah. Jumlah keseluruhannya ialah 165,500m persegi dan boleh menampung lebih kurang 257,000 orang jemaah. Masjid Nabawi sekarang mempunyai 27 buah kubah bergerak, 543 buah kamera bagi mengawal keadaan di luar dan dalam masjid, 4 buah eskalator dan 18 buah tangga biasa.
(Sumber: Mengenali Madinah, oleh Ust Abdul Basit & Sejarah Madinah, Dr Muhammad Ilyas)
http://sinarrasul.blogspot.com/2008/04/sejarah-masjid-nabawi.html


Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Mining Industry. Powered by Blogger