UNTUK mencapai kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah.
Ini kerana tanpa usaha yang gigih, ia tidak mungkin dapat dicapai.
Di sebalik kejayaan yang diperolehi, tanpa kita sedari tersembunyi rahsia kecemerlangan dalam Islam yang dapat kita aplikasikan.
Di dalam Al-Quran, contohnya, terdapat banyak petunjuk yang seharusnya menjadi pedoman untuk kita semua.
Adab merupakan di antara kunci utama kejayaan.
Adab merangkumi sikap saling menghormati, bekerjasama dan beradab sopan sesama manusia.
Kita juga ditegah daripada berperasaan hasad dengki, zalim dan mementingkan diri sendiri.
Memperbanyak amal ibadat juga dapat menguatkan rohani.
Kekuatan rohani adalah wahana yang besar untuk meningkatkan kekuatan jasmani.
Jika rohani lemah, umat menjadi malas dan mudah dihinggapi penyakit rohani dan jasmani.
Selain itu, sikap rajin bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal juga dapat meningkatkan lagi kecemerlangan yang kita idamkan selama ini.
Seseorang yang malas dan tidak berusaha pasti akan menerima kegagalan di dalam hidupnya.
Nabi Muhamad s.a.w. pernah bersabda, ``Bekerjalah kamu untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.''
Di samping itu itu juga, untuk mencapai kecemerlangan, kita digalakkan ikhlas berjuang dalam mencari keredhaan Allah.
Seterusnya, ialah keceriaan yang merupakan ramuan untuk mencapai sifat-sifat di atas.
Sumber keceriaan adalah sujud kepada Allah, iaitu melalui amalan solat.
Jika kita semua mengamalkan semua petua yang disebutkan di atas, InsyaAllah kejayaan pasti mengiringi perjalanan hidup kita.
Yang utama ialah hidup dan mati kita adalah kerana Allah.
Monday, October 20, 2008
Rahsia kecemerlangan di dalam Islam
Posted by Fieydah at 7:39 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
salam pdah..
wah..cantik blog awk.
sy wat blog 2 coz sbhagian dr assgmt tau..
pe2 pn..gud luck exam..
doakan kjayaan kite bsame ye..
Post a Comment