Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia beriman kepada allah, bertaqwa, berkorban untukNya dengan melakukan kebajikan, sabar, bertaubat, membantu kerja-kerja menegakkan agama melakukan ibadah yang fardhu dan rajin mengerjakan ibadah-ibadah sunat. Dia berkasih sayang dengan sesama manusia dan saling bersilaturrahim kerana Allah, dengan menjaga batas-batasnya, saling beri-memberi kerana Allah demi keredhaanNya. Tidak kerana yang lain. Allah melimpahkan kecintaanNya dan menempatkan orang-orang yang dicintaiNya itu pada kedudukan yang tinggi dan mulia di Akhirat. Allah isyatiharkan cintaNya di dalam Al-Quran kepada orang yang sungguh-sungguh beribadah, berbuat kebaikan dan berakhlak mulia.
Diantaranya Allah berfirman: “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar.” Surah: Ali Imran. Ayat:146. “Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan.” Surah Ali-Imran. Ayat: 134 “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri.” Surah: Al-Baqarah. Ayat: 222
Wednesday, October 8, 2008
Tanda Cinta.
Posted by Fieydah at 6:41 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment