Monday, October 20, 2008

WASIAT LUQMAN

“ Dan (ingatlah) Luqman berkata kepada anaknya sedang ia menasihati : dia, “ Hai anakku jangan engkau sekutukan (sesuatu) dengan Allah, kerana sesungguhnya syirik itu satu penganiayaan (diri) yang besar . Dan Kami wajibkan manusia (taat) kepada ibu bapanya ; ibunya telah mengandung dia dalam keadaan lemah bertambah lemah, sedang putus susunya adalah dua tahun ; (Kami perintah); “ Hendak engkau syukur kepada-Ku dan bapamu ;kepada-Ku lah tempat kembali. Dan jika mereka berdua mengajakmu sungguh-sungguh supaya engkau sekutukan-Ku , sesuatu yang engkau tidak mempunyai pegertian padanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka, tetapi bergaullah dengan mereka di (urusan) dunia dengan cara yang sopan ; dan turutlah jalan kembali kamu, maka Aku akan khabarkan kepada kamu (balasan) bagi apa yang telah kamu kerjakan. “ Hai anakku! Sesungguhnya jika adalah (amal-amal) yang seberat biji sawi. Biar ia di dalam batu gunung yang besar atau di langit atau di bumi, nescaya Allah akan tunjukkan dia ,kerana Allah itu Halus, Amat Mengetahui. “ Hai anakku ! Dirikanlah sembahyang dan suruhlah (manusia) berbuat kebajikan, dan laranglah (mereka) dari kemungkaran , dan sabarlah atas sesuatu (kesusahan) yang mengenaimu , (kerana) sesungguhnya yang demikian itu (adalah) dari perkara-perkara yang diberatkan (oleh) Allah.” Dan janganlah engkau palingkan pipimu bagi manusia dan dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan sombong. (kerana) sesungguhnya Allah tidak cintai kepada tiap-tiap penyombong, bongkak. Dan berlaku sederhana di dalam perjalananmu, dan rendahkanlah suaramu, (kerana) sejelek-jelek suara ialah suara keldai.”
(Surah Loqman ayat : 13-19)

0 comments:


Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Mining Industry. Powered by Blogger